Monday, August 16, 2010

Hadirnya Bulan Ramadhan


Salam semua, alhamdulillah kite semua berjaya mengharungi beberapa hari dalam bulan Ramadhan ni dengan baik..walaupun banyak ujian yang mendatang, tapi banyakkanlah bersabar ek..waktu2 macam ni mmg ramai di kalangan kita akan berasa sedikit tertekan dengan bebanan tugasan yang bertimbun, tapi apakan daya kita...=)..kalau ikutkan hati, nak je menjerit pada seluruh dunia untuk menyatakan ketensionan(konon2 kite sorang je ada masalah dalam dunia ni) kite tapi ingat dan rajin2lah amalkan ungkapan ini..."SESUNGGUHNYA SAYA SEDANG BERPUASA.."

Sunday, August 15, 2010

MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT

Model Pemprosesan Maklumat

1)Jangka pendek
2)Jangka panjang

Ingatan
-Proses menyimpan perkara yang telah dipelajari
-Mengeluarkan dalam situasi yang diperlukan.
-Proses menerima, memproses, menyimpan maklumat di minda dan juga mengeluarkan maklumat kembali apabila diperlukan.

Lupaan
-Berlawan dengan ingatan
-Maklumat disimpan, tetapi tidak dapat dikeluarkan apabila diperlukan.
-3 jenis lupaan
1) Lupaan usang
2) Lupaan gangguan
3) Lupaan desakan.

MODEL PENGAJARAN BEHAVIORAL

- Model ini berasaskan eksperimen pelaziman klasik Pavlov, pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Watson dan rakan-rakan.
- Merujuk kumpulan model ini, kita mempunyai mekanisme pembentukan kendiri yang berupaya untuk mengubahsuai tingkah laku berdasarkan maklum balas tentang sejauh mana kita berjaya melakukan tugas yang diberi.
-Kumpulan model ini mengesyorkan program-program yang boleh digunakan untuk mengurangkan fobia, mengembangkan kemahiran-kemahiran sosial dan menangani kebimbangan, dan sebagainya.

Antara contoh pengajaran model behavioral adalah:

PENGAJARAN LANSUNG.

Model ini berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara lansung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi pengajaran ini terhadap bilik darjah adalah:

* Kaedah ini sesuai untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.


PEMBELAJARAN MASTERI

Model ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran di mana faktor perbezaan individu diambil kira.
Implikasi pengajaran di dalam bilik darjah:

* Dalam kaedah ini, pelajar disusun daripada mudah kepada kompleks, sebelum disampaikan kepada murid-murid agar dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing.

MODEL PENGAJARAN PERSONAL


Model ini menggalakkan pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. pelajar-pelajar diberi peluang meluahkan idea dan kreativiti.

Contoh:
SYNETICS
Model ini mengajar kemahiran menyelesaikan masalah, aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain.
Implikasi model pengajaran ini terhadap pengajaran di dalam bilim darjah adalah:

* Murid-murid akan mengikut satu siri bengkel dan sehingga mereka berupaya mengaplikasi prosedur-prosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.

MODEL PENGAJARAN SOSIAL

MODEL PENGAJARAN SOSIAL

Menurut ahli teori sosial, tingkahlaku koperatif bukan sahaja meransang murid-murid secara sosial, bahkan secara intelek.
Antara model yang terkandung dalam kumpulan model sosial adalah pembelajaran koperatif, main peranan dan simulasi.

PEMBELAJARAN KOPERATIF

* Melalui kerja kumpulan bersifat koperatif, murid-murid belajar bersama-sama untuk menguasai maklumat, idea dan kemahiran yang penting di samping memikirkan cara-cara penyelesaian masalah yang timbul.
* Mereka akan bersaing antara satu sama lain dalam suasana yang kondusif. dalam pada masa yang sama, setiap ahli mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh pencapaian cemerlang.


MAIN PERANAN

* Main peranan membantu murid-murid untuk memahami tingkahlaku sosial, peranan mereka dalam interaksi sosial, dan cara-cara bagi menyelesaikan masalah-masalah dengan lebih berkesan..


SIMULASI

* Simulasi menggabungkan maklumat menganai sesuatu kemahiran.
* Simulasi penting kerana membantu murid melihat perwakilan objek yang sebenar.

Saturday, August 14, 2010

TEORI BEHAVIORIS (PAVLOV)


PENGENALAN

Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik.

Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.
Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997).


Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov

Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahwa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G). Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing (lihat peralatan eksperimen di sebelah). Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan.


Sebelum Pelaziman

RTT (makanan) >>>>>>> GTT (keluar air liur)
RT (loceng) >>>>>>> Tak ada GT (air liur tidak keluar)
Semasa Pelaziman

RT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur)
Selepas Pelaziman

RT (loceng) >>>>>>>>> GT (keluar air liur)

_________________________________________________
Kunci:
RTT = Rangsangan Tak Terlazim (Unconditioned Stimulus)
RT = Rangsangan Terlazim (Conditioned Stimulus)
GTT = Gerak Balas Tak Terlazim (Unconditioned Response)
GT = Gerak Balas Terlazim (Conditioned Response)


Anjing yang dijadikan bahan kajian pelaziman klasik Pavlov

Kesimpulan kajian Pavlov ialah,

1. Penguasaan(Acquisition)
Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerakbalas atau respons baru berlaku berperingkat-peringkat.Lebih kerap organisma mencuba,lebih kukuh penguasaan berkenaan.

2. Generalisasi(Generalisation)
Pavlov menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada,tetapi anjing masih mengeluarkan air liur.Ini menunjukkan bahawa organisme telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim(RTT) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT=air liur) walaupun rangsangan itu berlainan atau hampir sama.

3. Diskriminasi (Discrimination)
Pavlov mendapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng,anjing masih mengeluarkan air liur.Apabila nada jauh berbeza daripada bunyi asal,anjing itu tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan dapat membezakan atau mendiskriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas.

4. Penghapusan (Extinction)
Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim(loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim (makanan),lama-kelamaan organisme itu tidak akan bertindak balas.Gerak balas berperingkat-peringkat terhapus.


IMPLIKASI TEORI PAVLOV KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerakbalas), maka gerakbalas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan.

Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

TEORI BEHAVIORIS (SKINNER)


PENGENALAN

Burhrhus Frederic Skinner mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. Beliau melanjutkan usaha Thorndike dalam kajian tentang pelaziman. B.F. Skinner dan menjalankan banyak kajian yang melibatkan tikus, burung, merpati dan juga manusia. Teori ini merupakan satu teori rangkaian yang berasaskan ransangan dan gerak balas.


EKSPERIMEN SKINNER

Dalam eksperimennya, beliau meletakkan seekor tikus lapar ke dalam ‘kotak skinner’. Kotak itu dilengkapi alat penekan pada dindingnya. Apabila alat itu ditekan, biji-biji makanan akan terkeluar. Pada permulaannya tikus itu berlari ke sana sini kerana lapar. Kemudian secara tidak sengaja, tikus itu terpijak alat penekan tersebut dan ini menyebabkan biji-biji makanan terkeluar. Proses yang sama diulangi beberapa kali sehingga tikus itu mendapati bahawa alat penekan dipijak maka makanan diperolehi. Ini menunjukkan tikus itu telah belajar cara untuk mendapat makanan di dalam kotak.

Seterusnya skinner memutuskan hubungan makanan dengan alat penekan. Ini menyebabkan makanan tidak terkeluar apabila alat makanan ditekan. Ini menyebabkan tikus itu berhenti dari menekan butang tersebut. Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.

Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda.

Eksperimen tikus putih Skinner: