Monday, August 16, 2010

Hadirnya Bulan Ramadhan


Salam semua, alhamdulillah kite semua berjaya mengharungi beberapa hari dalam bulan Ramadhan ni dengan baik..walaupun banyak ujian yang mendatang, tapi banyakkanlah bersabar ek..waktu2 macam ni mmg ramai di kalangan kita akan berasa sedikit tertekan dengan bebanan tugasan yang bertimbun, tapi apakan daya kita...=)..kalau ikutkan hati, nak je menjerit pada seluruh dunia untuk menyatakan ketensionan(konon2 kite sorang je ada masalah dalam dunia ni) kite tapi ingat dan rajin2lah amalkan ungkapan ini..."SESUNGGUHNYA SAYA SEDANG BERPUASA.."

Sunday, August 15, 2010

MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT

Model Pemprosesan Maklumat

1)Jangka pendek
2)Jangka panjang

Ingatan
-Proses menyimpan perkara yang telah dipelajari
-Mengeluarkan dalam situasi yang diperlukan.
-Proses menerima, memproses, menyimpan maklumat di minda dan juga mengeluarkan maklumat kembali apabila diperlukan.

Lupaan
-Berlawan dengan ingatan
-Maklumat disimpan, tetapi tidak dapat dikeluarkan apabila diperlukan.
-3 jenis lupaan
1) Lupaan usang
2) Lupaan gangguan
3) Lupaan desakan.

MODEL PENGAJARAN BEHAVIORAL

- Model ini berasaskan eksperimen pelaziman klasik Pavlov, pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Watson dan rakan-rakan.
- Merujuk kumpulan model ini, kita mempunyai mekanisme pembentukan kendiri yang berupaya untuk mengubahsuai tingkah laku berdasarkan maklum balas tentang sejauh mana kita berjaya melakukan tugas yang diberi.
-Kumpulan model ini mengesyorkan program-program yang boleh digunakan untuk mengurangkan fobia, mengembangkan kemahiran-kemahiran sosial dan menangani kebimbangan, dan sebagainya.

Antara contoh pengajaran model behavioral adalah:

PENGAJARAN LANSUNG.

Model ini berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara lansung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi pengajaran ini terhadap bilik darjah adalah:

* Kaedah ini sesuai untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.


PEMBELAJARAN MASTERI

Model ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran di mana faktor perbezaan individu diambil kira.
Implikasi pengajaran di dalam bilik darjah:

* Dalam kaedah ini, pelajar disusun daripada mudah kepada kompleks, sebelum disampaikan kepada murid-murid agar dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing.

MODEL PENGAJARAN PERSONAL


Model ini menggalakkan pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. pelajar-pelajar diberi peluang meluahkan idea dan kreativiti.

Contoh:
SYNETICS
Model ini mengajar kemahiran menyelesaikan masalah, aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain.
Implikasi model pengajaran ini terhadap pengajaran di dalam bilim darjah adalah:

* Murid-murid akan mengikut satu siri bengkel dan sehingga mereka berupaya mengaplikasi prosedur-prosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.

MODEL PENGAJARAN SOSIAL

MODEL PENGAJARAN SOSIAL

Menurut ahli teori sosial, tingkahlaku koperatif bukan sahaja meransang murid-murid secara sosial, bahkan secara intelek.
Antara model yang terkandung dalam kumpulan model sosial adalah pembelajaran koperatif, main peranan dan simulasi.

PEMBELAJARAN KOPERATIF

* Melalui kerja kumpulan bersifat koperatif, murid-murid belajar bersama-sama untuk menguasai maklumat, idea dan kemahiran yang penting di samping memikirkan cara-cara penyelesaian masalah yang timbul.
* Mereka akan bersaing antara satu sama lain dalam suasana yang kondusif. dalam pada masa yang sama, setiap ahli mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh pencapaian cemerlang.


MAIN PERANAN

* Main peranan membantu murid-murid untuk memahami tingkahlaku sosial, peranan mereka dalam interaksi sosial, dan cara-cara bagi menyelesaikan masalah-masalah dengan lebih berkesan..


SIMULASI

* Simulasi menggabungkan maklumat menganai sesuatu kemahiran.
* Simulasi penting kerana membantu murid melihat perwakilan objek yang sebenar.

Saturday, August 14, 2010

TEORI BEHAVIORIS (PAVLOV)


PENGENALAN

Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik.

Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.
Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997).


Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov

Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahwa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G). Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing (lihat peralatan eksperimen di sebelah). Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan.


Sebelum Pelaziman

RTT (makanan) >>>>>>> GTT (keluar air liur)
RT (loceng) >>>>>>> Tak ada GT (air liur tidak keluar)
Semasa Pelaziman

RT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur)
Selepas Pelaziman

RT (loceng) >>>>>>>>> GT (keluar air liur)

_________________________________________________
Kunci:
RTT = Rangsangan Tak Terlazim (Unconditioned Stimulus)
RT = Rangsangan Terlazim (Conditioned Stimulus)
GTT = Gerak Balas Tak Terlazim (Unconditioned Response)
GT = Gerak Balas Terlazim (Conditioned Response)


Anjing yang dijadikan bahan kajian pelaziman klasik Pavlov

Kesimpulan kajian Pavlov ialah,

1. Penguasaan(Acquisition)
Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerakbalas atau respons baru berlaku berperingkat-peringkat.Lebih kerap organisma mencuba,lebih kukuh penguasaan berkenaan.

2. Generalisasi(Generalisation)
Pavlov menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada,tetapi anjing masih mengeluarkan air liur.Ini menunjukkan bahawa organisme telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim(RTT) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT=air liur) walaupun rangsangan itu berlainan atau hampir sama.

3. Diskriminasi (Discrimination)
Pavlov mendapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng,anjing masih mengeluarkan air liur.Apabila nada jauh berbeza daripada bunyi asal,anjing itu tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan dapat membezakan atau mendiskriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas.

4. Penghapusan (Extinction)
Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim(loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim (makanan),lama-kelamaan organisme itu tidak akan bertindak balas.Gerak balas berperingkat-peringkat terhapus.


IMPLIKASI TEORI PAVLOV KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerakbalas), maka gerakbalas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan.

Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

TEORI BEHAVIORIS (SKINNER)


PENGENALAN

Burhrhus Frederic Skinner mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. Beliau melanjutkan usaha Thorndike dalam kajian tentang pelaziman. B.F. Skinner dan menjalankan banyak kajian yang melibatkan tikus, burung, merpati dan juga manusia. Teori ini merupakan satu teori rangkaian yang berasaskan ransangan dan gerak balas.


EKSPERIMEN SKINNER

Dalam eksperimennya, beliau meletakkan seekor tikus lapar ke dalam ‘kotak skinner’. Kotak itu dilengkapi alat penekan pada dindingnya. Apabila alat itu ditekan, biji-biji makanan akan terkeluar. Pada permulaannya tikus itu berlari ke sana sini kerana lapar. Kemudian secara tidak sengaja, tikus itu terpijak alat penekan tersebut dan ini menyebabkan biji-biji makanan terkeluar. Proses yang sama diulangi beberapa kali sehingga tikus itu mendapati bahawa alat penekan dipijak maka makanan diperolehi. Ini menunjukkan tikus itu telah belajar cara untuk mendapat makanan di dalam kotak.

Seterusnya skinner memutuskan hubungan makanan dengan alat penekan. Ini menyebabkan makanan tidak terkeluar apabila alat makanan ditekan. Ini menyebabkan tikus itu berhenti dari menekan butang tersebut. Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.

Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda.

Eksperimen tikus putih Skinner:

TEORI BEHAVIORIS (WATSON)



J.B. Watson (1878-1958)

Watson digelar sebagai 'bapa behaviorisme'. Beliau sangat terpengaruh dengan hasil kerja Pavlov dan menerima pelaziman klasik sebagai cara penting pembelajaran berlaku. Oleh kerana dia mengutamakan tingkahlaku yang boleh diperhatikan, beliau mengaitkan segala tingkahlaku dengan pergerakan. Contohnya, dia sifatkan 'perasaan' sebagai pergekaran otot-otot dalam perut dan 'percakapan' sebagai pergerakan otot-otot dalam tekak.


EKSPERIMEN LITTLE ALBERT WATSON

Eksperimen yang jalankan dengan seorang bayi bernama 'Albert'. Watson memakai topeng untuk menakutkan Albert.

Seorang bayi bernama Albert didedahkan kepada seekor tikus. Bayi itu bermain dengan haiwan itu tanpa menunjukkan apa jua ketakutan. Dalam situasi yang berlainan, Albert diberikan tikus yang sama, tetapi kali ini ia diikuti dengan satu bunyi kuat. Setiap kali tikus itu diberikan kepada Albert, bunyi kuat itu terdengar yang membuat bayi itu gelisah dan menangis. Kemudian tikus itu diberikan kepada Albert, tanpa bunyi kuat bayi itu enggan menyentuh tikus itu dan terus menangis. Apakah telah terjadi?




Pada peringkat awal, Albert tidak takut apabila seekor tikus dilepaskan bersamanya.

TEORI KOGNITIF (GAGNE)


PENGENALAN
Gagne menyatakan pembelajaran bergerak daripada yang paling mudah kepada yang kompleks. Pembelajaran aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran aras yang rendah.


Terdapat lapan peringkat pembelajaran berhierarki Gagne yang dikenal pasti iaitu:

1)Pembelajaran isyarat.
Jenis pembelajaran ini merupakan yang paling mudah. Ia lebih merupakan perubahan tingkah laku yang di sebabkan oleh pengaruh kebiasaan. Pembelajaran isyarat ini banyak menggunakan akal fikiran.

2)Pembelajaran menganggu gerak balas
Pembelajaran rangsangan gerak balas bergantung kepada proses peneguhan. Ini bermakna pujian dan ganjaran perlu diberikan bagi tingkah laku yang diingati.

3) Rangkaian
Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan di antara satu sama lain untuk melengkapi satu tugasan yang dijalankan.

4) Pertalian berbahasa
Pertalian berbahasa merupakan suatu rangkaian berbahasa yang berlaku apabila pelajar menghubungkaitkan apa yang di lihat dengan nama objek secara menyebutnya.

5) Pembelajaran diskriminasi
Pembelajaran ini berlaku apabila pelajar dapat memilih gerak balas yang sesuai untuk bertindak bagi menghasilkan sesuatu.

6) Pembelajaran konsep
Pembelajaran mudah mesti telah terjadi sebagai prasyarat. Sebagai contoh dalam memperkenalkan konsep bulatan, guru telah menyebutkan perkataan bulatan secara ransangan gerak balas. Seterusnya pelajar akan belajar membuat diskriminasi antara bulatan dengan objek lain seperti segi empat sama.

7) Pembelajaran hukum
Merupakan pembelajaran yang kompleks kerana melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian bahasa.

8) Penyelesaian masalah
Pembelajaran penyelesaian masalah dianggap satu jenis pembelajaran peringkat tinggi dan kompleks. Penyelesaian masalah melibatkan pemilihan dan set-set urutan petua yang unik kepada pelajar yang mana akan menghasilkan set petua yang lebih tinggi.

Penyelesaian masalah melibatkan lima langkah iaitu ;

• Mengenali masalah dalam bentuk am.
• Menyatakan semula masalah dalam bentuk operasi.
• Merumus hipotesis alternatif dan prosedur yang mungkin sesuai untuk menerangkan masalah itu.
• Menguji hipotesis serta menjalankan prosedur untuk mendapat penyelesaian atau set penyelesaian.
• Memutuskan yang mana penyelesaian mungkin yang paling tepat atau mengesahkan penyelesaian unggul yang betul.
Berdasarkan kepada teori ini sebelum menyelesaikan masalah, pelajar seharusnya telah memperoleh pembelajaran isyarat, rangsangan gerak balas, rangkaian pertalian berbahasa, diskriminasi, konsep dan pembelajaran hukum.


Implikasi Teori kepada P&P

Ø Menggunakan bahan konkrit untuk mengajar bahasa.
Ø Mengajar sesuatu kemahiran mengikut urutan (rangkaian motor).
Ø Membimbing pelajar membezakan ciri-ciri penting.
Ø Membinbing pelajar mengebal pasti ciri-ciri khusus untuk membina konsep dan hukum.
Ø Membimbing peljar menggunakan prinsip, hukum dan teorom untuk menyelesaikan masalah.

TEORI KOGNITIF (BRUNER)





PENGENALAN


Jerome Bruner (lahir 1915) lebih cenderung dalam bidang kognitif berbanding psikologi perkembangan. Beliau menyumbang dalam meneroka cabang psikologi pada tahun 1950an dan pada akhirnya menumpu kepada bidang pendidikan termasuk memperkembangkan idea Vigotsky.

- Pembelajaran memerlukan persekitaran tertentu yang mempengaruhi mod berfikir, aksi, imej dan perkataan
- Mod berfikir berkembang secara berterusan dalam kehidupan
- Bahasa membentuk dan mengembangkan pembelajaran
- Bentuk pergaulan sosial dan pengalaman mempengaruhi perkembangan kognitif
- pendekatan biologi bertendensi menyelenggara dalam berfikir
- proses pendekatan dan cara menerima informasi akan mempengaruhi pengurusan perubahan maklumat semasa peningkatan umur.


Struktur Intelek

1. Mod Enaktif: berfikir adalah berdasarkan aksi fizikal, misalnya kanak-kanak belajar melalui membuat (learning by doing) dan bukan melalui penggunaan bahasa atau pemikiran dalaman. Mod pemikiran ini mewakili dari peringkat bayi dan wujud seterusnya dalam banyak aktiviti fizikal. Pada peringkat ini (0-2 tahun) kanak-kanak akan bergerak kearah sesuatu yang menarik perhatiannya. Oleh itu kanak-kanak banyak menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan masalah kerana mereka belum pandai menggunakan bahasa untuk berkomunikasi.

2. Mod Ikonik : penggunaan imej mental (ikon) , mungkin dalam bentuk visual, auditori, dihidu, dirasa dan disentuh. Pada peringkat ini (2-4 tahun) kanak-kanak telah berupaya menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu. Mereka berupaya menyebut objek yang tiada di depan matanya, iaitu membentuk “imej mental”. Misalnya, kanak-kanak dapat menyatakan bentuk dan rasa buah yang pernah dimakannya.

3. Mod Simbolik: memahami dunia melalui bahasa dan simbol-simbol seperti nombor dan muzik. Pada peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah boleh menggunakan simbol seperti perkatan dan bahasa untuk menceritakan pengalamannya. Ini menunjukkan penaakulan simbolik telah bermula pada kanak-kanak peringkat ini.

TEORI KOGNITIF (AUSUBEL)





PENGENALAN

Teori ini menyatakan pembelajaran secara resepsi yang bermakna. Pembelajaran secara resepsi bermaksud maklumat yang disusun secara teratur diberikan kepada pelajar. Maklumat yang diperolehi akan disimpan di dalam struktur kognitif. Manakala pembelajaran bermakna adalah satu proses belajar yang mempunyai kesedaran sendiri dan mempunyai tujuan atau objektif tertentu. Bertentangan dengan pembelajaran resepsi adalah pembelajaran penemuan, iaitu pembelajaran untuk mendapatkan maklumat dengan sendiri melalui pemikiran analisis, kritis, kreatif, cuba jaya dan celik akal.

Menurut Ausubel lagi, terdapat dua pra syarat bagi pembelajaran resepsi iaitu:

• Sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran perlu ada dalam diri pelajar.
• Pelajar perlu tahu bagaimana untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif dengan pelajaran baru.


Konsep utama Teori Pembelajaran Resepsi yang bermakna

- konsep utama ialah pembelajaran bermakna dihasilkan berasaskan pengalaman/ilmu yang sedia ada pelajar.
- Pengalaman yang sedia ada struktur kognitif.Mengintegrasikan maklumat yang tersusun secara logikal dalam bentuk terakhir dengan pengalaman/ ilmu yang sedia ada melalui kaedah ekspositori.



Aplikasi Teori Ausubel dalam bilik Darjah

(1) Pengajaran secara ekspositori
(2) jelaskan kandungan pelajaran dlm btk fakta lengkap tersusun
(3) Pembelajaran berkembang secara deduktif ( dpd prinsip kpd cth)
(4) kaitkan konsep yg telah dipelajari dengan konsep baru.

TEORI HUMANISME (CARL ROGERS)




Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.


Teori pembelajaran Carl Rogers menyarankan beberapa ciri yang
utama, antaranya:


i. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui komunikasi.
ii. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai
kesempurnaan kendiri.
iii. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan
kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain.
iv. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep
kendiri dan kepercayaannya.
v. Pengalaman setiap individu adalah fenomena- logikal, iaitu pengalamannya
hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri.

TEORI KOGNITIF (KOHLER)



Latar Belakang

Wolfgang Kohler, seroang perisik Jerman semasa Perang Dunia I, yang bertempat di Tenerife, Afrika Barat mengkaji tingkahlaku cimpanzi menyelesai masalah. Hasil kajiannya ditulis dalam buku betajuk The Mentality of Apes (1925). Bagi membentuk teori gesalt, Wolfgang Kohler menjalankan dua eksperimen dengan menggunkan cimpazi. Mereka menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cimpazi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan sebiji pisang yang tergantung dibumbung sangkarnya. .

Eksperimen " Celik Akal"

Seekor cimpanzi diletakkan di dalam sangkat. Pisang digantung daripada bumbung sangkar. Di dalam sangkar terdapat beberapa kotak berlainan saiz. Mula-mula haiwan itu melompat-lompat untuk mendapatkan pisang itu tetapi tidak berjaya. Oleh kerana usaha-usaha itu tidak membawa hasil. cimpanzi itu berhenti sejenak, seolah-olah memikir cara untuk mendapatkan pisang itu. Tiba-tiba haiwan itu dapat sesuatu idea dan terus menyusun kotak-kotak itu untuk dijadikan sebagai tangga dan memanjatnya untuk mencapai pisang itu.



Kesimpulan yang didapati dari hasil kajian Kohler tersebut ialah:

i) Haiwan seperti cimpazi belajar melalui proses kognisi
ii) Cimpazi yang menggunakan alatan untuk meyelesaikan masalah adalah berdasarkan pengalaman dan persepsinya. Ini menunjukkan perkaitan antara ransangan seperti kotak dan pisang dalam situasi yang dihadapinya.


Menurut kohler, persepsi kaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah iaitu mendapat pisang yang tergantung dan ini disebut sebagai celik akal. Kebolehan memerhatikan pertalian tersebut wujud kerana cimpazi itu melihat keadaan sangkar secara menyeluruh. Mereka juga berpendapat bahawa kebolehan mental seperti ini juga terdapat pada manusia yang dipercayai adalah lebih pintar berbanding dengan haiwan lain.


Kesimpulan yang didapati dari hasil kajian Kohler tersebut ialah:

i) Haiwan seperti cimpazi belajar melalui proses kognisi
ii) Cimpazi yang menggunakan alatan untuk meyelesaikan masalah adalah berdasarkan pengalaman dan persepsinya. Ini menunjukkan perkaitan antara ransangan seperti kotak dan pisang dalam situasi yang dihadapinya.


Menurut kohler, persepsi kaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah iaitu mendapat pisang yang tergantung dan ini disebut sebagai celik akal. Kebolehan memerhatikan pertalian tersebut wujud kerana cimpazi itu melihat keadaan sangkar secara menyeluruh. Mereka juga berpendapat bahawa kebolehan mental seperti ini juga terdapat pada manusia yang dipercayai adalah lebih pintar berbanding dengan haiwan lain.

TEORI SOSIAL (BANDURA)



LATAR BELAKANG

Bandura lahir pada tanggal 4 Desember 1925 di Mondare alberta berkebangsaan Kanada. Ia seorang psikologi yang terkenal dengan teori belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri. Eksperimennya yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak meniru secara persis perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya.

“Social Cognitive Theory examines the processes involved as people learn from observing others and gradually acquire control over their own behaviour’
( Bandura 1986, 1997 )

Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.


4 unsur utama dalam peniruan

Untuk pembelajaran pemerhatian wujud adalah penting untuk individu berkenaan berbuat demikian:


1) Tumpuan ('Attention')
Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model
untuk membolehkannya mempelajarinya. Sama ada subjek
memberi perhatian atau tumpuan tertakluk kepada nilai,
harga diri , sikap, dll yang dimiliki. m.s. seorang pemain
musik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkahlaku
pemain musik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya
yang tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Social
Learning & Personality Development" menekankan
bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran
boleh berlaku. (baca eksperimen yang dijalankan disebelah).

2) Penyimpanan ('Retention')
Subjek yang memerhati harus mengenkod peristiwa itu
dalam sistem ingatannya. Ini membolehkan subjek melakukan
peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini.


3) Penghasilan ('Reproduction')
Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku,
subjek juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau
menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkahlaku.
m.s. memandu kereta, bermain tenis. Bagi sesetengah
tingkahlaku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan
komponen-komponen tingkahlaku yang telah
diperhatikan.


4) Motivasi
Juga penting ialah untuk sujek berkenaan mempunyai sebab
dan keinginan untuk meniru.


Ciri-ciri Teori Pemodelan Bandura

1. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.
2. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
3. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model.
4. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.
5. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

TEORI HUMANISME (ABRAHAM MASLOW )


Latar Belakang Abraham Maslow

Abraham Maslow dilahirkan di Brooklyn, New York dalam tahun 1908. Bapanya bernama Samuel Maslow dan ibunya bernama Rose. Abraham Harold Maslow lebih menyayangi bapanya dari ibunya. Maslow menganggap ibunya seorang yang amat kuat beragama dan kadangkalanya membuat dirinya serba salah. Ibunya sering membandingkan Maslow dengan adik – adiknya yang lain, dan lebih menyayangi mereka daripada Maslow. Maslow juga sering dihina oleh ibunya. Pada zahirnya Maslow pernah menyatakan rasa marah dan benci ke atas ibunya. Semasa ibunya meninggal dunia, Maslow enggan menghadiri upacara pengkebumian ibunya.
Maslow amat menyayangi bapanya Samuel. Maslow sering dianggap sebagai anak bapa dan bukannya anak emak. Beliau sering menganggap bapanya sebagai kawan.

Abraham Maslow mendapat ijazah pertama dan PhD dari Universiti Wisconsin dalam tahun 1934. Selepas mendapat ijazah doktor falsafah, beliau bekerja di Brooklyn College (1937 - 1951). Dalam tahun 1951, beliau meneruskan kerjayanya di bidang akademik di Universiti Brandeis, Massachusetts. Beliau pernah dilantik sebagi Pengerusi Jabatan Psikologi selama 10 tahun di universiti yang sama. Sepanjang kerjayanya, beliau banyak menghasilkan artikel – artikel berkaitan dengan perasaan dirinya sendiri, pandangan terhadap insan juga perasaan ke atas kesihatan dirinya.

Maslow berkahwin pada tahun 1928 dengan Bertha, dan beliau telah meninggal dunia di usia 62 tahun akibat penyakit serangan jantung.


Teori Humanistik Mengikut Pandangan Abraham Maslow

Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu.

Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.

Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki.

Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan.

Maslow juga menyebut terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat bawah dengan keperluan di peringkat tinggi. Antaranya :

· Keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan kewujudannya secara beransur – ansur. Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu ianya lebih istimewa kepada individu tersebut.
· Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir di dunia.
· Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa. Manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur.
· Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang mendalam kepada diri individu tersebut, seperti gembira. Keperluan di peringkat tertinggi (keperluan kesempurnaan kendiri) dianggap sebagai keperluan pertumbuhan.
· Keperluan – keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang semestinya dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.


5 TAHAP KEPERLUAN MANUSIA

1. Keperluan Fisiologi

Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi.

2. Keperluan Keselamatan

Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang – undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup.

3. Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan

Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian.

4. Keperluan Penghargaan Kendiri

Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang – kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup.

5. Keperluan Kesempurnaan Kendiri

Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri.

Ciri – Ciri Individu Yang Telah Mencapai Kesempurnaan Kendiri

Mengikut Maslow manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan manusia yang telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat menrealisasikan pontesinya. Ciri – ciri personaliti manusia yang telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri ialah, antaranya :

i) Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan kebajikan orang lain.
ii) Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan.
iii) Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada apa yang dipercayainya walaupun tidak popular.
iv) Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti fesyen, adat resam, dan seumpamanya.
v) Seronok bersama kawan – kawan tetapi tidak bergantung kepada mereka.
vi) Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru.
Bersikap objektif.

Tuesday, August 3, 2010

Aktiviti di kelas



2 Julai 2010, kami pelajar PISMP 2H telah menjalankan aktiviti perbincangan di kelas bersama-sama dengan Puan Jamilah..Aktiviti apekah itu?..=)tidak lain dan tidak bukan mestilah berkaitan dengan tugasan subjek Murid & Alam Belajar..kami membincangkan mengenai Model Pengajaran serta teori pembelajaran..huhu...em, masing-masing perlu menulis maklumat yang diperolehi berkait dengan tugasan tersebut di papan putih..time ni semuanya berebut-rebut nak tulis kat papan putih..knp???,,sebab puan nak amik markah penglibatan dalam kelas r..pe lagi..hahaha..(^_^)..lepas tu, kitorang semua share n bincang bersama2..sambil tu, Pn Jamilah turut menerangkan kepada kami mengenai teori serta model pengajaran agar kami semua lebih jelas..

Em, tgk la gambar-gambar di atas ni sebagai bukti keRajinan kami semua..wah,betapa khusyuk dan bersemangatnya pelajar2 PISMP 2H!!!!..hihihi..=)

Monday, August 2, 2010

Belajar membuat blog




Sebelum tu, saya ingin memohon maaf atas kelewatan dalam meng"update" blog ini untuk minggu yang sepatutnya.Sepatutnya entry ni dipost lama dh, tapi atas faktor kebizian melanda diri ini maka sekaranglah baru dpt membuatnya...x caye tgk la waktu di saat saya menaip entry ini..hehe..ok22, back to the topic..fokus!!..fokus!!..Pada tanggal 19 Julai 2010,kami pelajar PISMP 2H telah mempelajari suatu kemahiran baru iaitu membuat blog..em,ni bkn blog saje2 tau..blog ni merupakan assignment untuk subjek Murid & Alam Belajar. Em, first time belajar wat blog ni rasa excited n seronok sngt2..terima kasih yg tidak terhingga kpd Pn Jamilah Bt Ismail selaku pensyarah pembimbing kami..=)Puan, terima kasih banyak2!!!!!!...pas ni, kalau de masa boleh r diaplikasikan untuk buat blog peribadi pulak..Ape pentingnya blog??..em, mari kita fikir2kan..

1. saluran untuk melatih diri kita dalam mengarang..hehe..almaklum r, dah lama tinggalkan sekolah, jadi skill untuk mengarang ni dah hampir hilang n luput dek zaman..hehe

2. lebih kurang macam diari la..kita boleh nyatakan aktiviti2 yang kita jalankan setiap hari di blog..em, nanti x la kita lupa ape yang pernah kite buat n pelajari selama ni..tul x??..

em, cukup la kot alasan2 tu..em, di sini saya turut paparkan gambar-gambar ketika kami-pelajar2 PISMP 2H sedang belajar membuat blog bersama Pn Jamilah..=)

Tuesday, July 20, 2010

Teori Pembelajaran Kognitif






TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF:

Jean Piaget (1896-1980) ialah ahli psikologi Switzerland yang telah cuba menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membina hipotesis. Beliau juga menjelaskan bagaimana minda manusia membina skemata & melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. Beliau mengasaskan teori perkembangan kognitif manusia melalui peringkat2 perkembangan. (Ramlah dan Mahani,2002)

Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan2 yang berlaku di persekitaran mereka.

Piaget mengenalpasti 4 faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu:

I. KEMATANGAN BIOLOGI
Poses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/genetik.

II.INTERAKSI INDIVIDU DENGAN PERSEKITARAN
Individu berinteraksi dengan persekitaran utk memahami perkara2 yang berlaku.
Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati.

III.PENGALAMAN SOSIAL
Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang
di persekitaran: ibu bapa, adik-beradik, rakan guru dsb.

IV.KESEIMBANGAN
Proses keseimbangan berlaku adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh
individu untuk mengadaptasi dengan situasi2 yang baru dialami.


PERINGKAT2 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK:

1.TAHAP SENSORIMOTOR ( KOSONG- DUA TAHUN)

Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.

Dari lahir hingga satu bulan, bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu.

Sebulan hingga empat bulan merupakan peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. Bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. Dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian atau sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. Bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.

Ketika berumur empat bulan hingga lapan bulan, bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkah laku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pembelajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuatu barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan tentang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengetahui atau mengenali barang tersebut.

Lapan hingga dua belas bulan dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

Ketika berumur dua belas hingga lapan belas bulan, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. Dalam hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. Di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. Bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.

Lapan belas bulan hingga dua tahun pula berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.


2.TAHAP PRAOPERASI ( 2 -7 TAHUN)

Pada peringkat ini, kanak-kanak akan beralih ke peringkat di mana mereka mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru. Kanak-kanak boleh menggambarkan dan meracang pergerakan/aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk membentuk skema. Perkembangan dalam peringkat pra operasi adalah apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental. Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat, gambar dan sebagainya. Simbol digunakan untuk menyatakan objek, orang atau peristiwa yang dialami oleh kanak-kanak. Contoh: mewakili imej sebenar buku dengan perkataan ‘buku’ atau dengan menggunakan gambar.proses ini dinamakan fungsi semiotik. Dalam proses ini juga perkembangan bahasa akan berlaku dengan pesat.

Kanak-kanak yang berumur 2-3 tahun boleh menceritakan pengalaman mereka dengan ayat-ayat mudah. Mereka berupaya mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan boleh membanding dua peristiwa yang berlaku. Antara kebolehan lain yang diperolehi pada peringkat ini ialah permainan membayangkan. Contohnya mengambil watak seperti kartun/karektor kegemaran ( Superman, Power Rangers) atau menjadi ibu, ayah atau doktor .Mereka juga memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup seperti hari hujan sebab hari menangis, kereta minum bila dituang minyak dan lain-lain.

Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini lebih bersifat intuitif iaitu pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata. Mereka masih belum berupaya berfikir secara logik dan rasional. Oleh itu, kanak-kanak pada peringkat ini juga masih tidak dapat menguasai proses transformasi, keterbalikan dan menaakul. Selain itu, kanak-kanak itu pada peringkat ini juga menunjukkan sikap egosentrik.

Sikap egosentrik kanak-kanak membawa maksud mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri. Kanak-kanak pada peringkat ini selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif yang sama dengan mereka. Contohnya seorang kanak-kanak yang suka melihat satu siri kartun, beranggapan semua orang lain juga mempunyai minat yang sama dengan mereka.

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan. Contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.

Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira, melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil serta hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku.

Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.

3. TAHAP OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)
Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.

Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.

Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.
Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

4. TAHAP OPERASI FORMAL (11 TAHUN KE ATAS)
Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas idea2 dan membuat jangkaan @ andaian berdasarkan fakta.Pemikiran mereka tidak lagi terikat kpd bahan2 konkrit. Mereka sudah boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis walaupun ianya bukan realiti.

Kanak2 di dalam peringkat ini boleh mengkaji masalah2 abstrak secara sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah tersebut. Kebolehan mereka memikirkan penyelesaian2 yang mungkin secara induktif @ deduktif memungkinkan mereka membuat kajian dan menggunakan pemikirahn saintifik. Selain itu, ciri2 egosentrik remaja muncul dalam peringkat ini. Ianya berlainan dengan egosentrik di peringkat pra operasi. Remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri. Mereka susah utk menerima pandangan dan pendapat orang lain. Mereka juga mempunyai perasaan seperti perbuatan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang sekeliling.

Sunday, July 18, 2010

Setapak ke arah Kemajuan



ASSALAMUALAIKUM W.B.T......
Mula2 sekali, saya selaku pemilik blog ini nak mengucapkan Ahlan Wasahlan / Selamat Datang kepada anda semua yang sudi melawat blog ni. Welcome!!..Welcome!!..
=)
Blog ini diwujudkan adalah untuk memenuhi keperluan tugasan subjek Murid & Alam Belajar iaitu EDU 3103..em, tgk nama blog pn dah tahu kn..hehe..Maka dengan itu, segala yang terkandung di dalam blog ini adalah HANYA berkaitan dengan subjek tersebut je la..sebarang
paparan mengenai kisah peribadi atau luahan perasaan yang tidak ada kaitan dengan subjek ini seperti blog2 yang pernah kita kunjungi sangat DILARANG..em, kalu nak wat gak leh je.
..tapi wat blog baru la..
Ape2 sahaja yang akan dipost dalam ini hanya berkaitan dengan pendidikan sahaja ek..so, sape2 yg de nota2 mengenai subjek Murid & Alam Belajar leh la kite share sama2 dengan tujuan PERKONGSIAN ILMU..Harap2 kita semua mendapat manfaat melalui blog ini..insyaALLAH..
oh ye, klu dh singgah tu rajin2 la komen ek...hehehe..

(^_^)