Tuesday, July 20, 2010

Teori Pembelajaran Kognitif






TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF:

Jean Piaget (1896-1980) ialah ahli psikologi Switzerland yang telah cuba menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membina hipotesis. Beliau juga menjelaskan bagaimana minda manusia membina skemata & melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. Beliau mengasaskan teori perkembangan kognitif manusia melalui peringkat2 perkembangan. (Ramlah dan Mahani,2002)

Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan2 yang berlaku di persekitaran mereka.

Piaget mengenalpasti 4 faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu:

I. KEMATANGAN BIOLOGI
Poses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/genetik.

II.INTERAKSI INDIVIDU DENGAN PERSEKITARAN
Individu berinteraksi dengan persekitaran utk memahami perkara2 yang berlaku.
Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati.

III.PENGALAMAN SOSIAL
Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang
di persekitaran: ibu bapa, adik-beradik, rakan guru dsb.

IV.KESEIMBANGAN
Proses keseimbangan berlaku adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh
individu untuk mengadaptasi dengan situasi2 yang baru dialami.


PERINGKAT2 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK:

1.TAHAP SENSORIMOTOR ( KOSONG- DUA TAHUN)

Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.

Dari lahir hingga satu bulan, bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu.

Sebulan hingga empat bulan merupakan peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. Bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. Dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian atau sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. Bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.

Ketika berumur empat bulan hingga lapan bulan, bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkah laku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pembelajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuatu barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan tentang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengetahui atau mengenali barang tersebut.

Lapan hingga dua belas bulan dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

Ketika berumur dua belas hingga lapan belas bulan, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. Dalam hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. Di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. Bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.

Lapan belas bulan hingga dua tahun pula berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.


2.TAHAP PRAOPERASI ( 2 -7 TAHUN)

Pada peringkat ini, kanak-kanak akan beralih ke peringkat di mana mereka mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru. Kanak-kanak boleh menggambarkan dan meracang pergerakan/aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk membentuk skema. Perkembangan dalam peringkat pra operasi adalah apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental. Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat, gambar dan sebagainya. Simbol digunakan untuk menyatakan objek, orang atau peristiwa yang dialami oleh kanak-kanak. Contoh: mewakili imej sebenar buku dengan perkataan ‘buku’ atau dengan menggunakan gambar.proses ini dinamakan fungsi semiotik. Dalam proses ini juga perkembangan bahasa akan berlaku dengan pesat.

Kanak-kanak yang berumur 2-3 tahun boleh menceritakan pengalaman mereka dengan ayat-ayat mudah. Mereka berupaya mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan boleh membanding dua peristiwa yang berlaku. Antara kebolehan lain yang diperolehi pada peringkat ini ialah permainan membayangkan. Contohnya mengambil watak seperti kartun/karektor kegemaran ( Superman, Power Rangers) atau menjadi ibu, ayah atau doktor .Mereka juga memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup seperti hari hujan sebab hari menangis, kereta minum bila dituang minyak dan lain-lain.

Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini lebih bersifat intuitif iaitu pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata. Mereka masih belum berupaya berfikir secara logik dan rasional. Oleh itu, kanak-kanak pada peringkat ini juga masih tidak dapat menguasai proses transformasi, keterbalikan dan menaakul. Selain itu, kanak-kanak itu pada peringkat ini juga menunjukkan sikap egosentrik.

Sikap egosentrik kanak-kanak membawa maksud mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri. Kanak-kanak pada peringkat ini selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif yang sama dengan mereka. Contohnya seorang kanak-kanak yang suka melihat satu siri kartun, beranggapan semua orang lain juga mempunyai minat yang sama dengan mereka.

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan. Contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.

Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira, melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil serta hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku.

Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.

3. TAHAP OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)
Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.

Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.

Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.
Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

4. TAHAP OPERASI FORMAL (11 TAHUN KE ATAS)
Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas idea2 dan membuat jangkaan @ andaian berdasarkan fakta.Pemikiran mereka tidak lagi terikat kpd bahan2 konkrit. Mereka sudah boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis walaupun ianya bukan realiti.

Kanak2 di dalam peringkat ini boleh mengkaji masalah2 abstrak secara sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah tersebut. Kebolehan mereka memikirkan penyelesaian2 yang mungkin secara induktif @ deduktif memungkinkan mereka membuat kajian dan menggunakan pemikirahn saintifik. Selain itu, ciri2 egosentrik remaja muncul dalam peringkat ini. Ianya berlainan dengan egosentrik di peringkat pra operasi. Remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri. Mereka susah utk menerima pandangan dan pendapat orang lain. Mereka juga mempunyai perasaan seperti perbuatan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang sekeliling.

Sunday, July 18, 2010

Setapak ke arah Kemajuan



ASSALAMUALAIKUM W.B.T......
Mula2 sekali, saya selaku pemilik blog ini nak mengucapkan Ahlan Wasahlan / Selamat Datang kepada anda semua yang sudi melawat blog ni. Welcome!!..Welcome!!..
=)
Blog ini diwujudkan adalah untuk memenuhi keperluan tugasan subjek Murid & Alam Belajar iaitu EDU 3103..em, tgk nama blog pn dah tahu kn..hehe..Maka dengan itu, segala yang terkandung di dalam blog ini adalah HANYA berkaitan dengan subjek tersebut je la..sebarang
paparan mengenai kisah peribadi atau luahan perasaan yang tidak ada kaitan dengan subjek ini seperti blog2 yang pernah kita kunjungi sangat DILARANG..em, kalu nak wat gak leh je.
..tapi wat blog baru la..
Ape2 sahaja yang akan dipost dalam ini hanya berkaitan dengan pendidikan sahaja ek..so, sape2 yg de nota2 mengenai subjek Murid & Alam Belajar leh la kite share sama2 dengan tujuan PERKONGSIAN ILMU..Harap2 kita semua mendapat manfaat melalui blog ini..insyaALLAH..
oh ye, klu dh singgah tu rajin2 la komen ek...hehehe..

(^_^)