Saturday, August 14, 2010

TEORI KOGNITIF (BRUNER)





PENGENALAN


Jerome Bruner (lahir 1915) lebih cenderung dalam bidang kognitif berbanding psikologi perkembangan. Beliau menyumbang dalam meneroka cabang psikologi pada tahun 1950an dan pada akhirnya menumpu kepada bidang pendidikan termasuk memperkembangkan idea Vigotsky.

- Pembelajaran memerlukan persekitaran tertentu yang mempengaruhi mod berfikir, aksi, imej dan perkataan
- Mod berfikir berkembang secara berterusan dalam kehidupan
- Bahasa membentuk dan mengembangkan pembelajaran
- Bentuk pergaulan sosial dan pengalaman mempengaruhi perkembangan kognitif
- pendekatan biologi bertendensi menyelenggara dalam berfikir
- proses pendekatan dan cara menerima informasi akan mempengaruhi pengurusan perubahan maklumat semasa peningkatan umur.


Struktur Intelek

1. Mod Enaktif: berfikir adalah berdasarkan aksi fizikal, misalnya kanak-kanak belajar melalui membuat (learning by doing) dan bukan melalui penggunaan bahasa atau pemikiran dalaman. Mod pemikiran ini mewakili dari peringkat bayi dan wujud seterusnya dalam banyak aktiviti fizikal. Pada peringkat ini (0-2 tahun) kanak-kanak akan bergerak kearah sesuatu yang menarik perhatiannya. Oleh itu kanak-kanak banyak menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan masalah kerana mereka belum pandai menggunakan bahasa untuk berkomunikasi.

2. Mod Ikonik : penggunaan imej mental (ikon) , mungkin dalam bentuk visual, auditori, dihidu, dirasa dan disentuh. Pada peringkat ini (2-4 tahun) kanak-kanak telah berupaya menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu. Mereka berupaya menyebut objek yang tiada di depan matanya, iaitu membentuk “imej mental”. Misalnya, kanak-kanak dapat menyatakan bentuk dan rasa buah yang pernah dimakannya.

3. Mod Simbolik: memahami dunia melalui bahasa dan simbol-simbol seperti nombor dan muzik. Pada peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah boleh menggunakan simbol seperti perkatan dan bahasa untuk menceritakan pengalamannya. Ini menunjukkan penaakulan simbolik telah bermula pada kanak-kanak peringkat ini.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment